Wednesday, December 6, 2006

Duri-duri di tangkai hati

"Aku ingin bebas . Aku boleh kerja , tapi aku tak boleh ada ketua. Aku tak boleh ada majikan."
"Kau belum mencubanya lagi Faris," celah Marzuki, merinyu sebuah syarikat bas itu.
"Aku dah cuba Marzuki, aku dah cuba. Setah8un aku di penerbitan itu, dan aku dah faham segala-galanya."
"Jadi apa yang akan kau buat sekarang?" desak Jamal
"Biarlah aku jadi penulis bebas saja, atau jadi penyunting bebas."Dan memang kemudiannya, Faris hanya menjadi seorang penulis bebas. Dia menulis berita dan artikel, sesekali menulis skrip darama radio, dan sesekali yang lain berlakon di radio, untuk mendapatkan wang. Dia juga menulis sajak dan cerpen untuk melepaskan sebak dada atau sesak perasaannya.

MEI HUA berdiri di hadapannya.Faris mengosok-gosok matanya, lalu mempersilakan Mei Hua masuk. Faris mencuci muka, menyikat rambut. Mei Hua duduk di kerusi, dan Faris kemudiannya datang menyangkutkan punggung di tepi katil, betul-betul setentang dengan Mei Hua."Dah pukul sepuluh," desis Mei Hua."Pukul sepuluh?" Faris mencapai jam tangannya dari atas meja." Oh... tak sedar aku. Lena betul tidur.".....

NORHISHAM MUSTAFFA
RM6.50
Sri Timur Graf ik/Tokoh Buku Rakesh.0

No comments:

Post a Comment