Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, June 20, 2012

Doa Kesukaan Nabi Muhammad





Buku ini sudah lama dalam simpanan ku. kecil, comel dan senang di bawa.  Sesuai untuk dibawa kemana-mana.  Elok jika diletakkan di dalam kereta, boleh dibaca ketika menanti Lampu Hijau.

Dalam buku kecil ini dinyatakan bahawa

"Rasulullah (s.a.w) suka doa-doa yang singkat tetapi meliputi semua maksud. Kecuali itu, yang lain beliau tinggalkan".  -Direkodkan oleh Abu Daud-

Umpamanya:

Abdullah bin Amru bin 'As melaporkan, katanya "Nabi Muhammad berdoa"

"Ya Allah, Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hati kami supaya terus taat kepadamu"
-Direkodkan oleh Muslim -




Penysun Buku ini : Ainon Muhamad
Harga :RM5.90

No comments: