Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Friday, June 22, 2012

Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah S.A.W

Telah saya beli Buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasullah S.A.W ini pada  Mac 2009. Semasa itu saya masih lagi bekerja di Pesona Capital Sdn Bhd , sebuah syarikat Bumiputera yang mengedarkan Kereta Nasional Proton. 

Buku Kecil ini memuatkan kesah kelahiran Baginda, Bagaimana beliau dipelihara dari Ibunda Tercinta, kepada Ibu Susuan, dan kemudiannya Kemangkatan Ibunda Tercinta. Seterusnya Baginda dipelihara oleh Bapa Saudara Nambi Abu Talib. Sehingga bagaimana beliau belajar Berniaga seterusnya berkahwin dengan Syaditana Khadijah r.a. Menjadi Rasul dan Menerima Wahyu .

Buku ini juga menceritakan bagaimana kepayahan , perit derita Baginda menyebarkan Agama Islam di kalangan Kafir Quraisy.

Dapatkan Buku ini bagi mengikuti Jejak  Rasulullah S.A.W dari kelahiran hingga wafatnya Baginda.

Penulis: Nawawi Dusuku
Penerbit Wisdom Mart,
RM: 19.90

No comments: