Puasa Ke hari ini. Ini malam yang ke 21 . Dah bersediakah untuk berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan ini? Paling tidak di setiap malam yang ganjil untuk mencari lebih keberkatan berpuasa. Bertemu Malam Lailatul Qadar impian semua orang yang beragama Islam, tetapi sejauh mana usaha kita untuk bertemu malam itu?
Bagaimana rutin harian kita pada menuanaikan Puasa 20 hari yang lalu. Bersabarkah kita menempuh dugaan menahan lapar dan dahaga , menjaga pandangan mata apatah lagi kata-kata? Kemana pula kita bawa kita melangkah pada setiap waktu bila dipanggil dengan laungan Azan yang mencengkam kalbu? Masihkah kita berada dikaki lima shoping complex, atau dikedai kpi yang bertabir gelap, atau masihkan lekat puntung rokor didua bibir yang bertaut?
Berapa kali kita pergi kemasjid menunaikan Solat Tarawih jika pun tidak 23 rakaat, lapan pun mencukuup. Berapa yang kita mampu ya!!! Jika da Tok Imam bawa surah panjang lebih 5 minit kita dah mengeluh. Semuanya... kena tanya apa azam diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada tahun ini atau bertambah tenat.!!!
Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."
CeRita DAri Kulit BuKu
Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan
Sunday, July 28, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Al-Quran Braille untuk Orang Buta
Dimana nak dapatkan ia? Ketika 'serve' internet untuk mencari Al-Quran ini bagi aku hadiahkan kepada anak saudaraku yang telah hilang kedua penglihatannya dalam trajedi kemalangan 5 tahun yang lalu, aku temui ini dari laman facebook - sudikiranya membaca di sini
Wednesday, May 8, 2013
Monday, May 6, 2013
Pru 13 Terima Kasih ALLAH
Assalam... dah lama tak update buku yang dibaca di blog ku ini. Banyak Kerja gamaknya. Apapun , kini Pilihanraya ke 13 di negaraku telah pun berlalu. Perdana Menteri masih lagi Datuk Sri Najib Tun Razak. Alhamdulilillah... mudah-mudahan janji sebelum Pru13 berlangsung dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Reord Card untuk tahun akan datang dapat dipersembahkan pula untuk dinilai pengundi bagu PRU14.
Jari telunjuk kiriku masih terpalit inai hitam tanda aku telah menjalankan kewajipan sebagai anak Malaysia dengan keluar mengundi pada Ahad 5 Mei, 2013.
Buku akan datang adalah buku Panduan SOLAT. bagaimana mendirikan SOLAT yang khusyuk tanpa meningatkan hal dunia terus-terusan.
TERIMA KASIH ALLAH.
Jari telunjuk kiriku masih terpalit inai hitam tanda aku telah menjalankan kewajipan sebagai anak Malaysia dengan keluar mengundi pada Ahad 5 Mei, 2013.
Buku akan datang adalah buku Panduan SOLAT. bagaimana mendirikan SOLAT yang khusyuk tanpa meningatkan hal dunia terus-terusan.
TERIMA KASIH ALLAH.
Wednesday, March 13, 2013
How are you my dear friends
Thank you for reading my blog. Sorry, if my blog did not give you any inspirations.
Wednesday, January 9, 2013
My Raining Blog is my Tears
It's look like my heart also raining with my tears . I am very sad at what had happend to Muslim at Palestine. May Allah will punished the bad people soon. They are greedy to destroy other people live and country.
Tuesday, December 18, 2012
Di Balik Tabir Kematian
Beli buku ini di carefore Ampang. Itupun kerana mengikuti CT Aliza dan keluarga membeli belah keperluan anak sekolah. Oleh kerana tak kuasa untuk mengekori mereka, akak singgah di kiosk menjual perlbagai aksessories, jamu , dan sebagainya. Akhirnya singgah membac buku ini, lebih kurang 2 ke 3 muka surat. Belek-belek lagi muka-muka yang lain. Akhirnya seluk bag dan bayar. Jam menunjukkan pukul 5.45 ptg. Bergegas untuk kekereta kerana masih ada Waktu untuk Solat Asar ada rumah, walaupun boleh tunaikan di Carefore sahaja. Jam 6.30ptg sampai jugak di rumah di kampung Bahru. Alhamdulillah.
Buku Tentang bagaimana menghadapi sebuah kematian dan apa yang patut kita buat dengan jenazah tersebut. Meratapka? Meraungkah? Melolong-lolongkah? atau yang seangkatan dengan nya........
Nah Ini Dia Buku Itu
Ini Sinopsis Dari Kulit Buku.
"Setiap Makhluk Yang Bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah satu kepastian dan wajib kita percayai sebagai seorang hamba ALLAH yang beriman. Hanya saat kematian itu saja yang kita tidak pasti bila, bagaimana dan di mana.
Sabda Rasullah S.A.W.
"Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman"
Alangkah indahnya kerana bagi orang yang beriman kematian merupakan hadiah bagi mereka kerana mereka telah melengkapkan persiapan untuk menghadapi kematian menuju ke satu alam yang kekal bagi mereka dan mengecapi kenikmatan syurga yang dijanjikan.
Insya Allah buku ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang ingin menyingkap tentang soal kematian, daripada saat kematian, di alam kubur, ketika hisab dan juga balasan syurga atau neraka.
Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari apa yang dipaparkan.
Diterbitkan Oleh : Pustaka Al-Ehsan
Harga :RM39.90
Subscribe to:
Posts (Atom)