Salam Sejahtera Para Pembaca yang Budiman
Kali ini buku yang ku baca adalah tentang perbezaan antara Muslimah dan Wanita Bebas,
Wanita dan Lelaki Saling Memerlukan, Kebahagian bagi Anak Adam , Tugas Muslimah dalam Pembentukan Ummah dan juga Contoh Muslimah Abad 20. Kesemua cerita ini terdapat dalam buku kecil yang kutemui tersorok dalam timbunan buku-buku lama-lama di rumah sewaku.
Pada tajuk Wanita dan Lelaki Saling Memerlukan ada dirujuk dengan sepotong ayat Al-Quran iaitu:
"Wahai Manusia Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang manusia(iaitu Nabi Adam AS) dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan namaNya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"
S.An Nissa 4:1