Buku ini Mengisahkan tentang Peperangan Rasullullah S.A.W. pada mengembangkan Syiar Islam di pelusuk Bumi Arab.
Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."
Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan
Showing posts with label Siri Buku Agama. Show all posts

Monday, October 29, 2012
Contoh Sembahyang Nabi S.A.W.
Ini satu lagi buku yang ditemui semasa mengemas rumah dua minggu yang lalu. Masih belum dapat dibaca sepenuhnya. Yang ini Kupasan Tentang sembahyang Nabi lagi terperinci.
Pedoman Sembahyang Yang Wajib diFahami Oleh Settiap Orang Islam ; Laki-laki dan Wanita.
Dapatkan tambahan bacaan sembahyang di dalam sembayang seperti doa iftitah, doa rukuk, doa sujud, dan doa sebelum memberi salam terakhir.
Buku ini dicetakan oelh PUSTAKA ASA, kelantan
Cetakan pertama 1980
Harga Pada masa itu : RM4.50
Kaifiyat Solat Nabi Muhammad S.A.W.
Ketika mengemas rumah dua minggu lalu, terjumpa buku kecil ini, yang bercerita tentang bagaiman Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Setiap rukun mempunyai tambahan doa , selain dari yang biasa dibaca. Membaca tambahan doa ini menjadikan hati bertambah lapang. ya, makin bertambah lapang.
Friday, June 22, 2012
Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah S.A.W
Telah saya beli Buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasullah S.A.W ini pada Mac 2009. Semasa itu saya masih lagi bekerja di Pesona Capital Sdn Bhd , sebuah syarikat Bumiputera yang mengedarkan Kereta Nasional Proton.
Buku Kecil ini memuatkan kesah kelahiran Baginda, Bagaimana beliau dipelihara dari Ibunda Tercinta, kepada Ibu Susuan, dan kemudiannya Kemangkatan Ibunda Tercinta. Seterusnya Baginda dipelihara oleh Bapa Saudara Nambi Abu Talib. Sehingga bagaimana beliau belajar Berniaga seterusnya berkahwin dengan Syaditana Khadijah r.a. Menjadi Rasul dan Menerima Wahyu .
Buku ini juga menceritakan bagaimana kepayahan , perit derita Baginda menyebarkan Agama Islam di kalangan Kafir Quraisy.
Dapatkan Buku ini bagi mengikuti Jejak Rasulullah S.A.W dari kelahiran hingga wafatnya Baginda.
Penulis: Nawawi Dusuku
Penerbit Wisdom Mart,
RM: 19.90

Wednesday, June 20, 2012
Doa Kesukaan Nabi Muhammad
Buku ini sudah lama dalam simpanan ku. kecil, comel dan senang di bawa. Sesuai untuk dibawa kemana-mana. Elok jika diletakkan di dalam kereta, boleh dibaca ketika menanti Lampu Hijau.
Dalam buku kecil ini dinyatakan bahawa
"Rasulullah (s.a.w) suka doa-doa yang singkat tetapi meliputi semua maksud. Kecuali itu, yang lain beliau tinggalkan". -Direkodkan oleh Abu Daud-
Umpamanya:
Abdullah bin Amru bin 'As melaporkan, katanya "Nabi Muhammad berdoa"
"Ya Allah, Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hati kami supaya terus taat kepadamu"
-Direkodkan oleh Muslim -
Penysun Buku ini : Ainon Muhamad
Harga :RM5.90
Thursday, May 3, 2012
Bawa Hati Kepada Tuhanmu
Ha..ha.. buku ini lama jugak dah ku beli tetapi sehingga hari ini aku baru sahaja membaca sehingga bab ke 5... Oleh kerana dah lama tidak membaca, mata jadi berat tak semena-mena ... mengantuk sahaja.... dapat selembar dua dah mula menguap... teruk betul...
Nanti akanku tuliskan sinopsis nya disini agar senang kalian nak membacanya...
Friday, October 28, 2011
Mengapa RASULULLAH Tidak Pernah Sakit
Hari ini saya telah membeli sebuah buku sebagaimana tajuk di atas. Ianya cerita tentang Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.
Buku ini telah dibeli di Institut Jantung Negara pada 28 Oktober, 2011.
Mengapa saya membeli buku ini di sini? Saya telah menemani anak saudara Zalena Ali yang telah menjalani pembedahan di sana. Biasalah kan jika sebut sahaja IJN, semua orang maklum ianya berkaitan dengan penyakit apa. Sambil menantikan waktu melawat , saya menziarahi kiosk-kiosk yang menjual pakaian, selipar, baju bayi, kain tudung , baju kurung, dan juga kedai buku. Pendeknya tidaklah boring jika menanti waktu melawat sampai. Sebenarnya saya membelek dan membaca buku berkaitan bersedekah. Setelah membaca lebih kurang buku tersebut dengan mengambil sedikit sedutan dari makna bersedekah, sebagaimana berikut :
" Memberikan sesuatu yang telah kita guna atau pakai kepada orang lain bukanlah namanya sedekah tetapi ianya lebih berupa kepada membuang atau memberi sesuatu barang yang tidak kita perlukan lagi. JIka mahu bersedekah adalah sesuatu benda atau barang itu mestilah sesuatu yang baru yang masih dlaam keadaan elok lagi, lebih kurang bukan "Second Hand". Maka teringatlah saya tentang pakaian lama yang telah saya hantar atau berikan kepada orang lain baru-baru ini yang lebih kurnag tiga karung pakaian lama yang telah tidak muat lagi.

Monday, May 30, 2011
Rahsia Baitul Maqdis (Palestine)
Jejak Rasul 3
Sinopsinya : Mulai bilakan umat Islam menyelamatkan dan memelihara Masjidil Aqsa serta apa kepentingan Islam kepadanya; baik dari segi aqidah, syariah mahupun strategi politik keamanan khususnya terhaap Kota Mekah dan negara-negara Islam di Timur Tengah?
Benarkah Yahudi masuk ke Kota Jeruselem untuk menyelamatkan haikal Sulaiman yang mereka sangka ada di Masjidil Aqsa atau memang hendak merampas hak-hak orang Palestine seraya mendirikan negara Israel ?
Keluaran - Al-Hidayah
RM14.000
Teman Tetamu Allah
Ini adalah Buku Panduan Umrah & Ziarah
Buku ini telah diberikan oleh Titian Permata Travel & Tours Sdn Bhd yang menganjurkan Umrah dan Ziarah .
Saya telah melakukan Umrah dan Ziarah bersama Kakak pada penghujung Mei 2007, selama 2 minggu. Syukur Alhamdulullah... saya telah dapat membawa Arwah kakak melakukan Haji Kecil ini sebelum dia menyahut seruan ILLAHI 40 hari selepas pulang dari Umrah. "Al-Fatihah" untuk kakak tercinta.
Lambaikalhlah hummalab baik,
Lambaikalh la sharika kalab baiiik
Mahasuci Allah yang menjadikan manusia berbilang-bilang bangsa, agama dan keturunan.....

Maaf Dari Sorga
Buku ini di tulis oleh Faisal Tehrani
Penerima Anugerah Seni Negara
Buku ini mengisahkan sebuah rumah yang telah ditinggal lama oleh pemiliknya... dan kemudiannya telah disewakan kepada penghuni lain, yang kebanyakan nya hanya dapat bertahan semalam dua sahaja, walau pun dengan memberi kadar sewa yang murah
Rumah Agam ini kemudiannya disewakan kepada sepasang suami isteri, dimana mereka adalah cendiakawan yang tidak menjalani hidup sebagai seorang muslimin dan muslimat sejati.... Mereka kemudianya menghadapi pelbagau kejadian aneh dari semalam ke semalam sehingga si isteri sudah tidak tertahan dengan gangguan tersebut memujuk sang suami berpindah ke tempat lain...
Suatu hari suami isteri ini telah menziarahi jiran beliau yang mengadakan khenduri doa selamat... dan mula belajar serba sedikit tentang Agamanya kembali..... dan mulai berhijrah kekehidupan yang lebih diredai Allah... Sedikit-sedikit gangguan malam mulai meyusut dan seterusnya mereka lena dibuai mimpi bulan madu.... Ikuti seterusnya cerita yang sangat menarik ini... berharga RM16.00 dengan halam 175 sahaja...

Misteri Tenaga Istighfar
:Barang Siapa Bertakwa Kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan
jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka-sangkanya." (Al-Talaq:2-3)
Jika anda hanya mengatakan bertaubat tetapi melakukan kembali dosa yang telah anda lakukan semula... dan kemudiannya mengingatikan akan dosa itu.... dan bertaubat lagi... lakukan lagi... bertaubat lagi.... Tak akan kemana Taubat anda itu....
Apabila anda bertaubat, hendaklah anda melakukan sembahyang Sunat Taubat, berikrar tidak akan mengulangi perbuatan itu... dan terus bertaubat... menjauhkan diri dari melakukan perbuatan dosa itu... beikrar dan terus berikrar dengan terus beristigfar... tanpa henti....
Perbaiki hubungan diri dengan Allah.... mengingatiNya tanpa ada batasannye....
Apa Zikir Untuk Dibaca Pada hari Rabu?
ASTAGFIRULLAH HAL AZIM -
(Bacalah seribu 1000 kali )
Sesungguhnya setiap Zikir, Tahmid, Istighfar,... dan apa-apa sahaja bacaan untuk mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa, ianya akan dikira setiap hari. Rupa-rupanya setiap yang kita zikir, tahmid, Istighfar ini Allah benakan Rumah kita di Shurga. Apabila rumah kita dah lengkap Allah Yang Maha Penyayang akan membawa kita ke sana.
Mengapa Para Ahli Agama itu dipanggil Allah dengan cepat kerana rumah mereka dah siap di SANA.

Subscribe to:
Posts (Atom)