Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Thursday, May 3, 2012

Bawa Hati Kepada Tuhanmu

Bawa Hati Kepada Tuhanmu


Ha..ha.. buku ini lama jugak dah ku beli tetapi sehingga hari ini aku baru sahaja membaca sehingga bab ke 5...   Oleh kerana dah lama tidak membaca,  mata jadi berat tak semena-mena ... mengantuk sahaja....  dapat selembar dua dah mula menguap... teruk betul...

Nanti akanku tuliskan sinopsis nya disini agar senang kalian nak membacanya...

Friday, October 28, 2011

Mengapa RASULULLAH Tidak Pernah Sakit

Hari ini saya telah membeli sebuah buku sebagaimana tajuk di atas.  Ianya cerita tentang Membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.

Buku ini telah dibeli di Institut Jantung Negara pada 28 Oktober, 2011.

Mengapa saya membeli buku ini di sini?  Saya telah menemani anak saudara Zalena Ali yang telah menjalani pembedahan  di sana. Biasalah kan jika sebut sahaja IJN, semua orang maklum ianya berkaitan dengan penyakit apa.   Sambil menantikan waktu melawat , saya menziarahi kiosk-kiosk yang menjual pakaian, selipar, baju bayi, kain tudung , baju kurung, dan juga kedai buku.  Pendeknya tidaklah  boring jika menanti waktu melawat sampai.   Sebenarnya saya membelek dan membaca buku berkaitan bersedekah. Setelah membaca lebih kurang buku tersebut dengan mengambil sedikit sedutan dari makna bersedekah, sebagaimana berikut :

" Memberikan sesuatu yang telah kita guna atau pakai kepada orang lain bukanlah namanya sedekah tetapi ianya lebih berupa kepada membuang atau memberi sesuatu barang yang tidak kita perlukan lagi.  JIka mahu bersedekah adalah sesuatu benda atau barang itu mestilah sesuatu yang baru yang masih dlaam keadaan elok lagi, lebih kurang bukan "Second Hand".  Maka teringatlah saya tentang pakaian lama yang telah saya hantar atau berikan kepada orang lain baru-baru ini yang lebih kurnag tiga karung pakaian lama yang telah tidak muat lagi. 

Tuesday, September 6, 2011

Yang Pertama Didunia



Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."


PERTAMA DI DUNIA


- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini


Kelebihan Tafsir Quran Per Kata


- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur�an
- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu�tabar
- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
- Dilengkapi juga dengan terjemahan.
- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Dapatkan di sini

Monday, May 30, 2011

Rahsia Baitul Maqdis (Palestine)

Jejak Rasul 3

Sinopsinya :  Mulai bilakan umat Islam menyelamatkan dan memelihara Masjidil Aqsa serta apa kepentingan Islam kepadanya; baik dari segi aqidah, syariah mahupun strategi politik keamanan khususnya terhaap Kota Mekah dan negara-negara Islam di Timur Tengah?

Benarkah Yahudi masuk ke Kota Jeruselem untuk menyelamatkan haikal Sulaiman yang mereka sangka ada di Masjidil Aqsa atau memang hendak merampas hak-hak orang Palestine seraya mendirikan negara Israel ?

Keluaran - Al-Hidayah
RM14.000

Teman Tetamu Allah

Ini adalah Buku Panduan Umrah & Ziarah

Buku ini telah diberikan oleh Titian Permata Travel & Tours Sdn Bhd yang menganjurkan Umrah dan Ziarah .
Saya telah melakukan Umrah dan Ziarah bersama Kakak pada penghujung Mei 2007, selama 2 minggu.  Syukur Alhamdulullah... saya telah dapat membawa Arwah kakak melakukan Haji Kecil ini sebelum dia menyahut seruan ILLAHI 40 hari selepas pulang dari Umrah.  "Al-Fatihah" untuk kakak tercinta.

Lambaikalhlah hummalab baik,
Lambaikalh la sharika kalab baiiik

Mahasuci Allah yang menjadikan manusia berbilang-bilang bangsa, agama dan keturunan.....

Maaf Dari Sorga

Buku ini di tulis oleh Faisal Tehrani
Penerima Anugerah Seni Negara

Buku ini mengisahkan sebuah rumah yang telah ditinggal lama oleh pemiliknya... dan kemudiannya telah disewakan kepada penghuni lain, yang kebanyakan nya hanya dapat bertahan semalam dua sahaja, walau pun dengan memberi kadar sewa yang murah

Rumah Agam ini kemudiannya disewakan kepada sepasang suami isteri, dimana mereka adalah cendiakawan yang tidak menjalani hidup sebagai seorang muslimin dan muslimat sejati.... Mereka kemudianya menghadapi  pelbagau kejadian aneh dari semalam ke semalam sehingga si isteri sudah tidak tertahan dengan gangguan tersebut memujuk sang suami berpindah ke tempat lain...

Suatu hari suami isteri ini telah menziarahi jiran beliau yang mengadakan khenduri doa selamat... dan mula belajar serba sedikit tentang Agamanya kembali..... dan mulai berhijrah kekehidupan yang lebih diredai Allah...   Sedikit-sedikit gangguan malam mulai meyusut dan seterusnya mereka lena dibuai mimpi bulan madu....   Ikuti seterusnya cerita yang sangat menarik ini... berharga RM16.00 dengan halam 175 sahaja...

Misteri Tenaga Istighfar

:Barang Siapa Bertakwa Kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan 
jalan keluar baginya.  Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang
tidak disangka-sangkanya." (Al-Talaq:2-3)

Jika anda hanya mengatakan bertaubat tetapi melakukan kembali dosa yang telah anda lakukan semula... dan kemudiannya mengingatikan akan dosa itu.... dan bertaubat lagi... lakukan lagi... bertaubat lagi.... Tak akan kemana Taubat anda itu....

Apabila anda bertaubat, hendaklah anda melakukan sembahyang Sunat Taubat, berikrar tidak akan mengulangi perbuatan itu... dan terus bertaubat... menjauhkan diri dari melakukan perbuatan dosa itu... beikrar dan terus berikrar dengan terus beristigfar... tanpa henti.... 

Perbaiki hubungan diri dengan Allah.... mengingatiNya tanpa ada batasannye.... 

Apa Zikir Untuk Dibaca Pada hari Rabu?
ASTAGFIRULLAH HAL AZIM -
(Bacalah seribu 1000 kali )
Sesungguhnya setiap Zikir, Tahmid, Istighfar,... dan  apa-apa sahaja bacaan untuk mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa, ianya akan dikira setiap hari.  Rupa-rupanya setiap yang kita zikir, tahmid, Istighfar ini Allah benakan Rumah kita di Shurga.  Apabila rumah kita dah lengkap Allah Yang Maha Penyayang akan membawa kita ke sana. 

Mengapa Para Ahli Agama itu dipanggil Allah dengan cepat kerana rumah mereka dah siap di SANA.






Wednesday, November 5, 2008

Bagaikan Puteri

Ini Novel terbaru yang aku beli. Ianya merupakan milik penulis Thriller No 1 Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid. Novel ini ada tiga siri semuanya. Buat masa ini aku baru beli 'Bagaikan Puteri' .

Kenapa aku suka baca buku Ramlee Awang Murshid. Aku pun tak tau mengapa, apa yang aku suka di dalamnya terdapat sumber2 hidayah yang membawa aku menghayati nilai keagamaan yang dalam di setiap Novel tulisannya.

Apa yang terkandung dalam Bagaikan Puteri. Engkau beli dan bacalah sendiri.

Siri Kedua CINTA SANG RATU

Novel yang nie aku belum beli lagi. Mungkin bulan ini.

Siri Ketiga : Aku dah beli, tapi lupa pulak tajuk dia. Nak beli siri kedua baru boleh baca siri ke tiga nie. Payah betul. Tersilap beli.

Monday, April 2, 2007

Jalinan Memori




Apakah kerinduan Itu Harus Menjadi Kenangan Yang Pahit?


Entahlah , aku tak mahu memikirkan ini semua, namun dalam mahu tak mahu memikirkan ini semua, aku tak dapat menipu diri sendiri. Aku takut hari perpisahan akan datang juga..
Perjalanan kita masih jauh lagi. Masih panjang. Walaupun satu masa nanti kita terpaksa berpisah, aku yakin kita akan berjumpa semula. Tuhan akan makbulkan doa kita....

Norhayati Ibrahim

RM21.90

NHF Media

M/s 596

Diari Bonda


Dosa apakah .... sehingga begini berat dugaan yang Kau berikan padaku?

Tuhan.... sesungguhnya aku tidak bersendirian berdepan dengan kemelut ini. Aku ingin menjadi ibu dan isteri yang tabah namun ada waktunya ketabahanku berada di penghujungnya... Kemampuanku terbatas.
Ti... Merenungmu hati ibu tersentuh pilu. Doa ibu tidak putus Ti... Keinginan melihatmua ceria seperti dahulu jua tidak pernah lumpuh.

Rohani Din
RM 24.90
CE
M/s 554

Bunga-bunga Semusim


Hatiku cemburu... sedangkan kau bukan milikku.

Kamrul Hanafi kecundang dalam menilai erti keluhuran dan kesetiaan Norazila. Dia tenggelam dalam dunia kerakusan dan dendam yang tidak terpadam . Sementara itu Nina Kamariah terus mengambil kesempatan dan Mummy Liza pula mempergunakannya. Dia terus tenggelam dan menelan kepahitan demi kepahitan. Bukan salah siapa; dia sekadar mencari titik nokhtahnya. Dan Natasha yang menjadi galang gantinya..

Elias Hj Idris
RM 32.90
CE
M/s 761

Selamat Malam Tan Sri


Apakah dia ingin membalas budi atau hanya membeli sebuah jiwa?

Keputusan Hanif Hanani memilih lelaki itu bukan kerana Harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu harta. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah. Mesipun begitu , Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik dihatinya.......

Sri Diah
RM15.90
Alaf 21
M/s 417

Diari Bonda 2


Aku terima setiap Pemberian Mu

Dia ibu, ada ketikanya hati berdetik jua. Marah dan sakit hati mengepung, mengasak hati nuraninya. Diri bukan bahan sandaran... Juga bukan batu loncatan menusia-manusia hipokrit. Lalu Ti, dikesempatan yang bagaimana harus ibu kuatkan semangat. Bukankah setiap perbuatan itu harus disertakan dengan keikhlasan? Itu ibu akui namun sesekali hati ibu berbisik pilu.... Sukarkah memahami hati seorang ibu?

Rohani Din
RM 28.90
CE
M/S 626

Mama




Kehadirannya umpama sinar disebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menokhtahkan ceria.

Sunday, March 4, 2007

Andai aku pergi

kemana harus aku pergi

Friday, December 8, 2006

Tombiruo 1

Penunggu Hutan

Satu kecelakaan di hutan Keningau Sabah rupa-rupanya ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit Kuala Lumpur.

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua Belas pembunuhan kemudian telah dilakukan.
Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.....

RAMLI AWANG MURSHID
RM19.90
ALAF21

Tombiruo Terakhir


Padahnya hasrat yang bernyala bila diri tenggelam punca.

Ketrampilan dan imej baru Ejim menguggah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin saling tidak tumpah menerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia.
Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat "Amiruddin" dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar , Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tumbiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.
Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagian. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran.
Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoih itu Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan . Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiuro'.
Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 Tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau ? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir" yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pendalaman itu?

RAMLi AWANG MURSHID
RM19.90
ALAF 21
M/surat: 577

Tak semanis impian

TAK SEMANIS IMPIAN
Mimpi yang tak menjadi nyata
umpama burung tanpa sayapnya.

NORJINAH... bahagianya skejap cuma. Kini kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit dibelakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
"Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?"

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaanya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
"Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!"

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadii rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaanya . Mampukah dia menepis godaaan yang datang?
"Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!"

Kebahagian ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

SHARIFAH ABU SALEM
RM 19.90
ALAF21

Tak seindah mimpi.....

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi seula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. DEmi masa depannya , dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu nekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN.

SHARIFAH ABU SALEM
RM 24.00
ALAF 21