Bila kegirangan singah di hati,kesepian terus berlalu pergi.
Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah memapu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi , perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan .Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.
Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Mesti sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah cinta pandang pertamanya.
Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafikah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutuplah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?
FAUZIAH ASHARI
RM12.00
ALAF 21
No comments:
Post a Comment