Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Friday, December 8, 2006

Tombiruo 1

Penunggu Hutan

Satu kecelakaan di hutan Keningau Sabah rupa-rupanya ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit Kuala Lumpur.

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua Belas pembunuhan kemudian telah dilakukan.
Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.....

RAMLI AWANG MURSHID
RM19.90
ALAF21

Tombiruo Terakhir


Padahnya hasrat yang bernyala bila diri tenggelam punca.

Ketrampilan dan imej baru Ejim menguggah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin saling tidak tumpah menerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia.
Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat "Amiruddin" dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar , Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tumbiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.
Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagian. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran.
Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoih itu Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan . Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiuro'.
Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 Tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau ? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir" yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pendalaman itu?

RAMLi AWANG MURSHID
RM19.90
ALAF 21
M/surat: 577

Tak semanis impian

TAK SEMANIS IMPIAN
Mimpi yang tak menjadi nyata
umpama burung tanpa sayapnya.

NORJINAH... bahagianya skejap cuma. Kini kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit dibelakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
"Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?"

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaanya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
"Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!"

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadii rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaanya . Mampukah dia menepis godaaan yang datang?
"Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!"

Kebahagian ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

SHARIFAH ABU SALEM
RM 19.90
ALAF21

Tak seindah mimpi.....

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi seula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. DEmi masa depannya , dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu nekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN.

SHARIFAH ABU SALEM
RM 24.00
ALAF 21

Sleeping Beauty

When Maleficent is'nt invited to Princess Aurora's birthday party, she wants revenge! Casting a cruel spell on the newborn princess is the perfect thing. The girl will prick her finger on the spindle of a spinning wheel and die before the sun sets on her sixteenth birthday! Luckily the three good fairies, Flora, Fauna and Merryweather, are on hand to alter the curse. If Princess Aurora should prick her finger, she will fall into a deep sleep .... only to be awakend by true love's kiss.

It's up to the fairies to raise the young beauty in secret and prevent Maleficent's evil plan from coming to pass. It won't be easy, for Maleficent will stop at nothing to get even.

A.L. SINGER
RM3.00
Penerbitan Pelangi SDn Bhd.

Setia janji

Rindu cinta kasih akan menjadi mimpi yang paling indah andai setianya terus berkekalan ....

Atas nama setia cinta kasih, ANIS Zahira terus bertahan hidup sendiriann bersama tiga putera setelah kematian Fariz, suaminya. Lamaran demi lamaran hadir untuk menyunting cintanya, namun ia tetap ditolak hanya kerana hatinua untuk arwah suaminya.

Dugaan tidak pernah sunyi dlam mengharungi kehidupannya sebagai guru, ibu, kakak kepada adik-adiknya dan anak kepada ibunya yang sudah tua. Ibu tunggal berkerjaya itu sering jadi sasaran cemuhan masyarakat dan hambatan cinta lelaki.

Kekuatan hati dan kesetiaan pada cinta Fariz sahajalah yang dapat menyingkirkan segala tohmahan yang datang. Tetapi selama manalah kekosongan hati perempuannya dapat bertahan dengan segala kesunyian dan dugaan. Apakah dengan setia dan cinta akan membahagiakan hati Anis Zahira saat mengisi masa sepinya?

SAZLINA SULAIMAN
RM13.90
NHF Media
.00

Sepi Tanpa Cinta

aHaziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas.

Namun, Haziqah nekad, Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!.
Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya.... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun , pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz.... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh dihatinya. Cukuplah sekali....

DAMYA HANNA
RM18.00
ALAF 21

Semusim rindu.......

Selagi Rindu Mengusik Kalbu kutahu kau dambakan diriku

Disebalik senyumannya.... ada tangisan yang panjang. Keperitan Hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira bergitu berhati-hati. 15 Tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada . Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang sauda sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukup lah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa....

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. mungkin esok tiada. Tapi Hajar tau perasaannya pada ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak , tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi didadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
.Sungguh.... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia ssbenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali. Status sebagai isteri tidak akan sesekal dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagian semdiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga , dihirup maduinya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?.....

ALEYA ANEESA
RM18..00
ALAS 21 SDN BHD

Semangat Hutan

Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya Kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat Tragedi. Saudaranya yang tinggal di Hutan juga dihubungi segera secara psikik untuk turut membantu.

Dalam pada itu , sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pendalaman. Raunganya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal . Rogom juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di Antara Amiruddin dan Rogon , siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya.

Ramli Awang Murshid
Novel Ke Empat
Harga : RM 19.90
Percetakan : ALAF 21 SDN BHD.

Seindah derita.....

Benarkah dirinya tidak diperlukan Lagi?

Sesekali , bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam... malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan... andainya itu sekadar untuk mematangkan... terima kasih kerana berjaya membentuk Hardina yang hari ini.
Hardina yang sedar diri. Hardina yang tidak mudah lupa diri...

NORHAYATI BERAHIM
RM22.90
CREATIVE ENT

Salam terakhir....

Salam Terakhir
Kita seringnya berangan... membayangkan hari-hari tua berdua... bercerita tentang bahagianya cinta selepas berumah tangga.. tentang susah payah membentuk anak-anak menjadi manusia , tentang impian-impian silam yang tidak kesampaian, separuh jalan.... atau barangkali tersasar jauh dari harapan. Watu itu macam-macam yang aku angan-angankan ... macam-macam juga yang kau harapkan. Lalu angan dan harapan itu kita gantungkan ditangga impian. Kini tidakkah aku nanar tatkala kau hilang ... pohon tempatku berteduh, rebah.

Pergilah Sepi.....

Bila kegirangan singah di hati,kesepian terus berlalu pergi.

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah memapu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi , perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan .Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Mesti sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah cinta pandang pertamanya.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafikah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutuplah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

FAUZIAH ASHARI
RM12.00
ALAF 21

Original


Yang asal itukah yang asli?

Tamsis dan Derra Mandy, kedua-duanya terpisah oleh benua dan lautan. Tetapi di Universiti of Kingdom, Derra Mandy telah menjadi identiti yang mengelirukan, manakala di tempat kelahirannya di Muar, Tamsis turut gagal mengenali dirinya sendiri.Lebih aneh, DErra Mandy yang telah menganut agama Isalam itu ditemui bersama Stevas seorang lelaki Inggeris di sebuah hotel Glasetr.

Dia lebih gemar menggunakan nama Derra Mandy daripada Norhayati Abdullah yang diberikan oleh Tamsis, sedangkan antara dia dengan Tamsis bagaikan sinonim meskipun kedua-duanya terpisah jauh.Mastermind di sebalik semua kekalutan ini bijak tetapi apakah ia cukup kuat untuk berdepan dengan riwayat hidup Tamsis yang dibacakan oleh Liza, seorang secret admirer untuk memulihkan ingatan Tamsis?

H.M.TUAH ISKANDAR
RM14.00
ALAF 21

Wednesday, December 6, 2006

Nurul Hidayah

Nurul Hidayah mengisahkan perjuangan gigih seorang eksekutif(akauntan) yang bernama Mahfuz dalam cita-citanya untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Mahfuz, suatu masa ditugaskan bersama Lim untuk menyelongkar dan menyiasat skandal penyelewengan di sebuat institusi kewangan sehingga berjaya mengesan mereka yang melakukan jenayah terkutuk dalam sejarah kewangan negara ini.
Kejayaanya membongkar skandal penyelewengan itu mendorongnya membuka firma agensi pelancongan dan membuika sebuah anak syarikat bernama Nurul Hidayah yang menjalankan perniagaan import-eksport barang-barang keluaran tempatan untuk diedarkan dan dipasarkan ke pasaran antarbangsa......

HASAN ALI
RM15.00
Dewan Bahasa dan Pustaka

.. dan Mimpi pun berguguran....

Dia buta hukum. Icha hidup terumbang -ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arah tiupan angin . Pertemuanya dengan Saiful Bahar merubah segalanya. Dia dihamburkan dngan kasih sayang.

Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas.Seribu tahun pun aku sedia berkorban....

"Icha jaga diri baik-baik. Kalau ada masa lapang, rajin-rajinlah telefon abang di sana nanti," pesan Puan Susan. Inca hanya menganggukkan kepala. Hatinya cuma Tuhan sahaja yang tahu.

"Kalau abang bercuti di Malaysia lagi, datanglah ke sini. Icha akan tunggu abang," ujarnya pada Saiful Badar yang sejak tadi duduk di sisi papanya dengan wajah yang murung. Tuk Wan dan Mak Tuk hanya memerhatikan sahaja mereka berbual.

"Insya-Allah," balas Saiful Badar sambil merenung tajam ke aras Icha.

LIANA ALIERA MALIK
RM24.90
Percetakan : Creative Enterprise

Mentafsir Elegi

Akan terus Bersendiriankah aku hingga kehujung Usia

AKU sering impikan zaman kanak-kanak yang telah bertahun berlalu; usik mengusik; berkongsi hobi dan cerita, menjadikan aku adakalanya begitu manja padanya. Lalu kami penuhi harapan dan impian silam, menyemai benih-benih kasih dengan harapan dan impian silam jua. Aku masih menyayanginya walau antara kami telah melalui pelbagai kenangan pahit. Dia tetap seorang suami yang ku letakkan tempatnya di puncak harapan. Lalu harus bagaimana lagi aku menjadi isteri yang baik, kalau tidak yang terbaik sekalipun!

ROHAYA MAHMOOD
RM29.90
CREATIVE ENT.

Megalomania

Kebahagian dan Kegembiraan bukan selama-lamanya milik insan

Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan telah menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia dituduh membunuh isteri dan adik titi sendiri. Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu.... Noreen Sheila. Seorang peguam yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Shiela yang telah lama terbiar....Dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan.

FATINILAM SARI AHMAD
RM23.90
CREATIVE ENT

Maafkanlah aku

Hanya keampunan dan Cinta ALLAH yang didambakannya kini



Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya satu, satu , gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu.... berkejar di batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya... pertemuan telah tiada lagi makna... Namun kasih sayang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa....

ZAHARAH MUHAMMAD
RM20.90
CREATIVE ENT.

Legenda Budak setan

Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari manusia yang tak kenal erti kasih sayang ... dia menjadi pencinta agung . Dia tabah mengharungi apa sahaja ... demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke Akhir hayat .Tetapi berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya"? Bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia... Cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punya jawapan itu. dan Allah sebagai penentu dan Siapakah Khaterina?

AHADIAT AKASHAH
RM35.00
Panel Printero

Kompilasi memori

Memori itu tetap mebuat rinduku

Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaanya. Dia membiaskan wajah Daniel, sekali gus membunuh cintanya terhadap Zaki. Dia meninggalkan Shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih dan suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada.

LIANA AFIERA MALIK
RM21.90
CREATIVE ENT