Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, December 18, 2012

Di Balik Tabir Kematian

Beli buku ini di carefore Ampang. Itupun kerana mengikuti CT Aliza dan keluarga membeli belah keperluan anak sekolah.  Oleh kerana  tak kuasa untuk mengekori mereka, akak singgah di kiosk menjual perlbagai aksessories, jamu , dan sebagainya. Akhirnya singgah membac buku ini, lebih kurang 2 ke 3 muka surat. Belek-belek lagi muka-muka yang lain.  Akhirnya seluk bag dan bayar. Jam menunjukkan pukul 5.45 ptg.  Bergegas untuk kekereta kerana masih ada Waktu untuk Solat Asar ada rumah, walaupun  boleh tunaikan di Carefore sahaja.   Jam 6.30ptg sampai jugak di rumah di kampung Bahru. Alhamdulillah.

 Buku Tentang  bagaimana  menghadapi sebuah kematian dan apa yang patut kita buat dengan jenazah tersebut. Meratapka? Meraungkah? Melolong-lolongkah? atau yang seangkatan dengan nya........

Nah Ini Dia Buku Itu


Ini Sinopsis Dari Kulit Buku.

"Setiap Makhluk Yang Bernyawa pasti merasai mati. Itu adalah satu kepastian dan wajib kita percayai sebagai seorang hamba ALLAH yang beriman.  Hanya saat kematian itu saja yang kita tidak pasti bila, bagaimana dan di mana.

Sabda Rasullah S.A.W.
"Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman"
Alangkah indahnya kerana bagi orang yang beriman kematian merupakan hadiah bagi mereka kerana mereka telah melengkapkan persiapan untuk menghadapi kematian menuju ke satu alam yang kekal bagi mereka dan mengecapi kenikmatan syurga yang dijanjikan.

Insya Allah buku ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang ingin menyingkap tentang soal kematian, daripada saat kematian, di alam kubur, ketika hisab dan juga balasan syurga atau neraka. 
Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari apa yang dipaparkan.

Diterbitkan Oleh : Pustaka Al-Ehsan
Harga :RM39.90