Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Sunday, July 28, 2013

Testing Power Puasa

Puasa Ke hari ini.  Ini malam yang ke 21 . Dah bersediakah untuk berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan ini?  Paling tidak di setiap malam yang ganjil untuk mencari lebih keberkatan berpuasa. Bertemu Malam Lailatul Qadar impian semua orang yang beragama Islam, tetapi sejauh mana usaha kita untuk bertemu malam itu?

Bagaimana rutin harian kita pada menuanaikan Puasa 20 hari yang lalu. Bersabarkah kita menempuh dugaan menahan lapar dan dahaga , menjaga pandangan mata apatah lagi kata-kata? Kemana pula kita bawa kita melangkah pada setiap waktu bila dipanggil dengan laungan Azan yang mencengkam kalbu? Masihkah kita berada dikaki lima shoping complex,  atau dikedai kpi yang bertabir gelap, atau masihkan lekat puntung rokor didua bibir yang bertaut?

Berapa kali kita pergi kemasjid menunaikan Solat Tarawih jika pun tidak 23 rakaat, lapan pun mencukuup.  Berapa yang kita mampu ya!!!  Jika da Tok Imam bawa surah panjang lebih 5 minit kita dah mengeluh. Semuanya... kena tanya apa azam diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada tahun ini atau bertambah tenat.!!!