Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, December 5, 2006

Duri-duri di tangkai hati

"Aku ingin bebas . Aku boleh kerja , tapi aku tak boleh ada ketua. Aku tak boleh ada majikan."
"Kau belum mencubanya lagi Faris," celah Marzuki, merinyu sebuah syarikat bas itu.
"Aku dah cuba Marzuki, aku dah cuba. Setahun aku di penerbitan itu, dan aku dah faham segala-galanya."
"Jadi apa yang akan kau buat sekarang?" desak Jamal
"Biarlah aku jadi penulis bebas saja, atau jadi penyunting bebas."Dan memang kemudiannya, Faris hanya menjadi seorang penulis bebas. Dia menulis berita dan artikel, sesekali menulis skrip darama radio, dan sesekali yang lain berlakon di radio, untuk mendapatkan wang. Dia juga menulis sajak dan cerpen untuk melepaskan sebak dada atau sesak perasaannya.
MEI HUA berdiri di hadapannya.Faris mengosok-gosok matanya, lalu mempersilakan Mei Hua masuk. Faris mencuci muka, menyikat rambut. Mei Hua duduk di kerusi, dan Faris kemudiannya datang menyangkutkan punggung di tepi katil, betul-betul setentang dengan Mei Hua."Dah pukul sepuluh," desis Mei Hua."Pukul sepuluh?" Faris mencapai jam tangannya dari atas meja." Oh... tak sedar aku. Lena betul tidur."..... NORHISHAM MUSTAFFARM6.50Sri Timur Graf ik/Tokoh Buku Rakesh.0

DISEBALIK SEBUAH KUBAH


Jauh ditengah -tengah dedaun kelapa yang merimbun itu, kedengaran suara pungguk berbalas-balas hiba. suara itu sayup-sayup hiba bersama desiran lembut angin malam. Kelunakkanya tiba-tiba tertujah dan mencuit-cuit batinnya yang sedang bergelut dengan ujian itu.
"Ya Allah, ya Tuhanku. Apakah ini ujian awal yang Engkau cubakan ke atas hamba-Mu yang daif dan kerdil ini." Terbisik suara halus yang terluah begitu jujur dan ikhlas. Serentak terlafaz ikrar murni untuk menjadikan Jamaliah sebagai isterinya yang sah. Tapi apakah Tuk Guru Naim sudi menerima lamaran daei hamba sahayanya yang menumpang berteduh di rumah ini? Timbul lagi tanda tanya tindih-menindih menambahkan lagi bingung fikirannya.

HARUN HJ SALLEH
RM7.00
DANY PRESS SDN BHD

DIARI BONDA 4


Sampai bila harus dia ditimpa sedih

DIA sesekali.... ingin menjadi isteri kemanjaan suami. Permata hati anak-anak tercinta. Disayangi cucu-cucu yang keletah dan manja. Dia ingin menumpang kasih sayang mereka. Selagi hidup ini... selagi terdaya hidup ini, mereka adalah segala-galanya. Mereka adalah dunianya. Namun tiba-tiba mengapa dia bagaikan hilang upaya... hilang rasa.... Dia walang sendirian. Mereka kiranya tidak mengerti hatinya. Tidak memahami perjuangan seoang isteri dan ibu di dalam merealisasikan impian hari-hari tuanya....

ROHANI DIN
RM 32.90
CREATIVE ENT.

DIA DI HATIKU

Semalam yang ditinggalkan tidak pernah berlalu. Hati ini sarat diulit bahagia. Esok masih menjadi tanda tanya.

Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah terlepas daripada dakapan kasihnya. Namun tidak dari hati dan perasaannya. Kembali kepangkuan kekasih hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan kedua. Dan membiarkan permata hatinya terus tertanya-tanya .... menibulkan riak-riak curiga antara mereka ....Ewah-ewah... dia pula yang masuk campur. Siapa dia? Siap panggil aku adik lagi. Dia bukannya abang aku. Boyfrend tidak, tunang pun bukan. Sepupu pun jauh sekali. Dia hanya kawan, kawan sekelas aje pun! So, apa hak dia ke atas diri aku ni? Saja nak buat aku naik anginlah ni!
"Excuse me brother, who are you? Apa hak awak nak tentukan hidup saya?" soal Fitria keras.
"But i'm really concerned about you!" pantas benar Fizral Hadi menjawab kata-kata Fitria itu.
"Sebab? tanya Fitria ingin tahu.
"Sebab?" soal Fizral Hadi kembali. Dikerutkan dahinya. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Lalu dia terenyum.
"Entahlah... I just follow my inner voice."Inner voice?" Dalam hal ni pun nak ikut inner voice juga? Hmmm, gasak kaulah! Apa pun alasan kau, aku tak nak tahu. Yang penting, jangan nak jaga tepi kain aku. That's it!

LIANA AFIERA MALIK
RM 32.90
CREATIVE ENT.

DATUK BANDAR CASTERBRIDGE

Datuk Bandar Casterbridge ialah kisah seorang insan bernama Michael Henchard yang telah menjual isteri dan anak perempuannya kepada seorang kelasi di suatu pesta kerana dianggapnya mereka hanya beban yang harus dipikul sepanjang hayatnya. Beberapa tahun kemudian, hasil ketekunan dan kerajinannya, beliau telah menjadi Datuk Bandar Casterbridge yang kaya raya dan amat dihormati. Namun, kemunculan semula isteri dan anakynya secara tiba-tiba telah mencetuskan beberapa peristiwa yang menjejas kuasa dan nama baiknya. Akhirnya beliau terhumban ke lembah kehancuran.


THOMAS HARDY
RM20.00
DBP
Diterjemah: Ainon abu Bakar & Alauyah Abd Rahman

DAH KATA DAAAH!!!......

Kalaulah aku tahu takkan jadi begini


Kalau nak dikatakan Menyesal, memang aku kesal. Kalau nak kata aku marah, memang tak terhingga rasanya marah aku ni. Tapi pada siapa nak aku luahkan kemarahan aku ni? Semua ni dah takdir. Dah tersurat dalam tulisan nasibku. Aku memang tak boleh nak mengelak!

LIANA AFIERA MALIK
RM25.90
CREATIVE ENT

Cinta Pertama

Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang suci cintanya.
Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama.... terseksa dalam keindahan?

NORHAYATI IBRAHIM
RM19.90
ALAF 21

CAHAYA HIDUPKU

MEREKA berkahwin atas dasar cinta... Terpisah atas dasar kasih sayang.Kerana memenuhi permintaan mendiang ibunya.... Nur Hayati membayar harga sebuah perceraian. Dibenci Ibu Mertua hanya kerana dia seorang Muaalaf. Tetapi Nurul Aidil Fitri memungkinkan untuk dia kembali? Kerana sekeping coklat... dia menempuhi pelbagai kegilaan. Keluar Mulut buaya, masuk mulut rimau. Kerana sekeping hati... dia korbankan apa saja. Rela masuk kemulut Naga. Tetapi adakah semua ini cinta suci?
Sepohon mangga yang manis menjadi punca dua jiran bersengketa. Isinya yang ranum bersari tak mampu mendamaikan dua lelaki. Hakikatnya... adakah benar kerana sepohon mangga yang enak ini... ataupun, sesuatu yang dipendam menjadi dendam?

AHADIAT AKASHAH
RM19.90
SYKT FAJAR

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN


Add caption

Komen: Kenapalah Liana Afiera Malik nie namakan dia 'Larasati Aisha". Nama aje dah nampak kehidupan yang akan dilaluinya penuh onak dan duri. Hemmmm... Novel pilihan No 1 untuk diriku. BEST.

"Puteri bangga punya keluarga yang amat sayangkan diri Puteri, tapi sayangnya diri Puteri tak sebertuah orang lain. Hidup Puteri sering dirundung malang. Adakah kehadiran Puteri ke dunia ini hanya untuk bermandikan air mata, Uncle?"

Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahandanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuat memori , dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan . Apa yang diharapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna.Sinar mentari yang diidamkan , gerhana juga yang datang......

Kesedihan itu tambah berat tatkali dia mencium hubungan intim mamanya dengan Datuk Rahim kira-kira enam bulan selepas kematian abah. Dia menjadi semakin rindu pada abah yang tiada . Kerana itu dia membawa hati. Dia tidak mahu tinggal serumah dengan mamanya lalu minta dihantar ke sekolah berasrama penuh di sekitar Kuala Lumpur juga .Permintaan itu pada awalnya ditolah mentah-mentah oleh Datin Seri Fariza dengan alasan dia akan kesunyian tanpa anak gadisnya itu. Namun kedegilan Larasati 'Aisya tiada siapa yang dapat menghalangnya. Dia nekad membuat permohonan pertukaran sekolahnya sendiri. Dan atas tiket pelajar terbaik, dia akhirnya diterima masuk ke sekolah yang dipilihnya. Dan bermula dari detik itulah dia semakin jauh dan jauh dan jauh ...... dari sisi mamanya......

LIANA AFIERA MALIK
(Liana Afiera Malik telah kembali ke Rahmahtullah pada tahun 2011)


RM49.90



Percetakan Creative Enterprise


BERAKHIRLAH RINDU

Dia sekadar menduga , tapi dugaannya mengundang kecewa

DIA menyangkakan menduga itu suatu permulaan yang baik, demikian Idham menaruh cintanya terhadap Hanis secara bersungguh-sungguh. Anehnya Hanis yang sekian lama dikenali itu seperti jinak-jinak merpati. Semua kata cinta Idham ibarat mengirim pesan di angin lalu.Hanis sering dingin dan mengelirukan. Sehinggalah Izana datang mengharapkan kasih Idham. Hanis pula dijaring keliru dan kecewa. Apakah erti sebuah cemburu bagi Hanis, sedang cinta Idham selamanya dipandang sepi? Benarkah tiada cinta Idham terhadap Hanis? Atau Kedatangan Izana sekadar menguji kesetiaan Idham yterhadap Hanis?

SAZLINA SULAIMAN
RM19.90
NHF-Media

BAGAI CAMAR DI LAUTAN


"Kembalikan cintamu padanya. Mudah-mudahan hatinya berubah dan kembali ke pangkuanmu. Kakak percaya, kehangatan cinta kalian akan lebih bahagia."Sejurus mereka terdiam.

"Ayu, sampai ke hari ini pun, kakak tidak dapat melupai suami kakak. Hidup ini bagaikan tak ada ertinya, tanpa dia. Kosong. Kosong, Ayu. Kemewahan yang kakak raih saat ini, tidak pernah membahagiakan kakak. hidup kakak bagai kapal tak berkemudi., ibarat lelayang putus tali. Sepi. Kakak sepi sekali. Kesedihan kakak bertambah kental, terutama apabila melihat kedewasaan Izzar tanpa ayahnya."


OTHMAN PUTEH
RM8.00
DEWAN BAHAS DAN PUSTAKA

Anak Dara Menteri 2


Perempuan Lahir untuk dilindungi...
Walaupun selalunya menjadi Tempat Berlindung.


Seronoknya melihat rama-rama terbang tinggi... sesekali turun mengigit jari. Sesekali hinggap dibunga berduri. Ditangkap lari. Dikejar Terbang tinggi. Seronok lagi bila anak dara menteri itu akhirnya meronta-ronta manja di dalam pelukan lelaki gagah macam aku ini. Bahagianya usah ditanya. Gembiranya susah hendak diceritakan.... yang pasti aku tidak ingin terkejar-kejar macam dulu lagi. Dia sudah diam macam kucing Siam. Dan aku sudah tidak sabar hendak berbini.


MATT RoMEO
RM24.90
Creative Ent
M/s: 531

Anak Dara Menteri 1


Isy...
Takkanlah aku....
dengan kau....isy...!


Ditenungnya aku. Aku Balas tenungan itu sekali lalu. Buat pertama kali aku dapat melihat wajahnya dari dekat dan secara cukup jelas. Dalam tirai hujan itu dia kelihatan terlalu cantik. Ohhh, terus terang cakaplah, demi untuk dia aku sanggup tolak kereta itu sehingga ke Kampuchea....

MATT RoMEO
RM16.90
Creative Enterprise
M/s: 310

AIR MATA KASIH

Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakrulrazi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya , perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuanya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata., dia meneruskan kehidupannya tanpa kasihsayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!TUHAN menurunkan petunjuk bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Islan Australia. FAS Hodings milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata koporat. Namun , usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali!Dimanakah FARAH Diba selepas ini? Adakah dendam itu terus menjadi hitam? Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!

NORHAYATI IBRAHIM
RM 15.00
ALAF 21