Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, December 5, 2006

AIR MATA KASIH

Tragedi 40 tahun dulu telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidup Fakrulrazi. Kerana tingkah seorang perempuan, dia menyimpan dendam pada perempuan. Baginya , perempuan sering mendatangkan bencana. Oleh itu, timbul diskriminasi antara anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarganya. Dan dia sendiri amat memusuhi anak perempuanya Farah Diba, sedangkan gadis itu tidak bersalah. Malah dia cuba menafikan kewujudan gadis itu dari pengetahuan rakan-rakan bisnesnya.

Farah Diba, cekalkan hati untuk menghadapi kebencian bapanya. Dengan air mata., dia meneruskan kehidupannya tanpa kasihsayang dan perhatian lelaki itu. Sebagai mangsa sebuah dendam, dia mahu membuktikan bahawa anak perempuan juga punya hak dan berhak!TUHAN menurunkan petunjuk bila Fakrulrazi dan anak lelakinya Fuad serta Farid hilang di Whitsunday Islan Australia. FAS Hodings milik Fakrulrazi menjadi rebutan rakan dan saudara mara. Akhirnya Farah Diba terpaksa menerajui syarikat itu. Tanpa dendam, benci atau sakit hati, dia melonjakkan nama syarikat itu di mata koporat. Namun , usahanya itu tidak berpanjangan bila Fakrulrazi kembali!Dimanakah FARAH Diba selepas ini? Adakah dendam itu terus menjadi hitam? Hanya lelaki itu yang dapat menjawab persoalan ini!

NORHAYATI IBRAHIM
RM 15.00
ALAF 21

No comments: