Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, December 5, 2006

DIA DI HATIKU

Semalam yang ditinggalkan tidak pernah berlalu. Hati ini sarat diulit bahagia. Esok masih menjadi tanda tanya.

Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah terlepas daripada dakapan kasihnya. Namun tidak dari hati dan perasaannya. Kembali kepangkuan kekasih hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan kedua. Dan membiarkan permata hatinya terus tertanya-tanya .... menibulkan riak-riak curiga antara mereka ....Ewah-ewah... dia pula yang masuk campur. Siapa dia? Siap panggil aku adik lagi. Dia bukannya abang aku. Boyfrend tidak, tunang pun bukan. Sepupu pun jauh sekali. Dia hanya kawan, kawan sekelas aje pun! So, apa hak dia ke atas diri aku ni? Saja nak buat aku naik anginlah ni!
"Excuse me brother, who are you? Apa hak awak nak tentukan hidup saya?" soal Fitria keras.
"But i'm really concerned about you!" pantas benar Fizral Hadi menjawab kata-kata Fitria itu.
"Sebab? tanya Fitria ingin tahu.
"Sebab?" soal Fizral Hadi kembali. Dikerutkan dahinya. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Lalu dia terenyum.
"Entahlah... I just follow my inner voice."Inner voice?" Dalam hal ni pun nak ikut inner voice juga? Hmmm, gasak kaulah! Apa pun alasan kau, aku tak nak tahu. Yang penting, jangan nak jaga tepi kain aku. That's it!

LIANA AFIERA MALIK
RM 32.90
CREATIVE ENT.

No comments: