Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Tuesday, December 5, 2006

DISEBALIK SEBUAH KUBAH


Jauh ditengah -tengah dedaun kelapa yang merimbun itu, kedengaran suara pungguk berbalas-balas hiba. suara itu sayup-sayup hiba bersama desiran lembut angin malam. Kelunakkanya tiba-tiba tertujah dan mencuit-cuit batinnya yang sedang bergelut dengan ujian itu.
"Ya Allah, ya Tuhanku. Apakah ini ujian awal yang Engkau cubakan ke atas hamba-Mu yang daif dan kerdil ini." Terbisik suara halus yang terluah begitu jujur dan ikhlas. Serentak terlafaz ikrar murni untuk menjadikan Jamaliah sebagai isterinya yang sah. Tapi apakah Tuk Guru Naim sudi menerima lamaran daei hamba sahayanya yang menumpang berteduh di rumah ini? Timbul lagi tanda tanya tindih-menindih menambahkan lagi bingung fikirannya.

HARUN HJ SALLEH
RM7.00
DANY PRESS SDN BHD

No comments: