Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Thursday, November 22, 2012

Cerita Kesah Nabi Muhammad

Jumpa buku kesah Nabi ini ketika mengemas Rumah Kak Tipah. Kak Tipah ini adalah Tuan Rumah , rumah yang ku sewa.  Buku ini banyak menceritakan perihal  Nabi Muhammad  ketika masih belum lahir lagi, dimana zuriatnya dipilih dari keturunan yang baik-baik, disegani lagi hormati.  Perjalanan hidup Rasulullah S.A.W diceritakan satu persatu.  Dari kesah bayi, kanak-kanak, menginjak kealam dewasa, kemudiannya menjadi peniagaan  seterusnya diperingkat menerima wahyu dan seterusnya  setelah menjadi Rasul Allah.   

Cerita Belakang Buku :

"Tidak perlu lagi buat kita mempelajari peri-hidup para failasuf greek, cendakiawan roma, saintis barat: kerana kita sudah punya suatu sejarah yang sungguh-sungguh murni, penuh dengan berbagai rupa  pergerakan dan kegiatan, ketabahan dan kecekalan, sayang dan cinta kaseh, hikmat dan falsafat, kemulian yang sejati dan kemanusian yang lebih sempurna - itulah sejarah junjongan kita Nabi Muhammad S.A.W
" - pujanggan al-manfaluti




Petikan dari Buku
"
Sesungguhnya baginda pada masa remajanya dikenali oleh masyarakat bangsanya sebagai seorang pemuda yang amanah dan berhati jujur... kini setelah baginda di angkat menjadi Rasul untuk menyiarkan agama Allah yang sebenarnya: baginda lantas dicap sebagai pendusta. Baginda pada masa dahulunya dikelilingi oleh pembesar-pembesar kaum dan ketua-ketua Qabilah, kini hanya dikelilingi oleh fakir miskin dan ra'ayat marhain.

Kemudian marilah kita dengar suatu do'anya yang meruntun jiwa bagi mencabar orang0orang yang menaruh syak wasangka kepada perjuangannya untuk membela nasib orang-orang miskin:

"Ya Allah! Ya Tuhanku! Hidupkanlah Aku Sebagai Seorang Miskin, dan Matikanlah Aku Sebagai Seorang Miskin dan Bangkitkanlah Aku Bersama  Dengan Kumpulan Orang-Orang Miskin"