Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Nurul Hidayah

Nurul Hidayah mengisahkan perjuangan gigih seorang eksekutif(akauntan) yang bernama Mahfuz dalam cita-citanya untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Mahfuz, suatu masa ditugaskan bersama Lim untuk menyelongkar dan menyiasat skandal penyelewengan di sebuat institusi kewangan sehingga berjaya mengesan mereka yang melakukan jenayah terkutuk dalam sejarah kewangan negara ini.
Kejayaanya membongkar skandal penyelewengan itu mendorongnya membuka firma agensi pelancongan dan membuika sebuah anak syarikat bernama Nurul Hidayah yang menjalankan perniagaan import-eksport barang-barang keluaran tempatan untuk diedarkan dan dipasarkan ke pasaran antarbangsa......

HASAN ALI
RM15.00
Dewan Bahasa dan Pustaka

.. dan Mimpi pun berguguran....

Dia buta hukum. Icha hidup terumbang -ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arah tiupan angin . Pertemuanya dengan Saiful Bahar merubah segalanya. Dia dihamburkan dngan kasih sayang.

Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas.Seribu tahun pun aku sedia berkorban....

"Icha jaga diri baik-baik. Kalau ada masa lapang, rajin-rajinlah telefon abang di sana nanti," pesan Puan Susan. Inca hanya menganggukkan kepala. Hatinya cuma Tuhan sahaja yang tahu.

"Kalau abang bercuti di Malaysia lagi, datanglah ke sini. Icha akan tunggu abang," ujarnya pada Saiful Badar yang sejak tadi duduk di sisi papanya dengan wajah yang murung. Tuk Wan dan Mak Tuk hanya memerhatikan sahaja mereka berbual.

"Insya-Allah," balas Saiful Badar sambil merenung tajam ke aras Icha.

LIANA ALIERA MALIK
RM24.90
Percetakan : Creative Enterprise

Mentafsir Elegi

Akan terus Bersendiriankah aku hingga kehujung Usia

AKU sering impikan zaman kanak-kanak yang telah bertahun berlalu; usik mengusik; berkongsi hobi dan cerita, menjadikan aku adakalanya begitu manja padanya. Lalu kami penuhi harapan dan impian silam, menyemai benih-benih kasih dengan harapan dan impian silam jua. Aku masih menyayanginya walau antara kami telah melalui pelbagai kenangan pahit. Dia tetap seorang suami yang ku letakkan tempatnya di puncak harapan. Lalu harus bagaimana lagi aku menjadi isteri yang baik, kalau tidak yang terbaik sekalipun!

ROHAYA MAHMOOD
RM29.90
CREATIVE ENT.

Megalomania

Kebahagian dan Kegembiraan bukan selama-lamanya milik insan

Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan telah menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia dituduh membunuh isteri dan adik titi sendiri. Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu.... Noreen Sheila. Seorang peguam yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Shiela yang telah lama terbiar....Dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan.

FATINILAM SARI AHMAD
RM23.90
CREATIVE ENT

Maafkanlah aku

Hanya keampunan dan Cinta ALLAH yang didambakannya kini



Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya satu, satu , gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu.... berkejar di batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya... pertemuan telah tiada lagi makna... Namun kasih sayang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa....

ZAHARAH MUHAMMAD
RM20.90
CREATIVE ENT.

Legenda Budak setan

Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari manusia yang tak kenal erti kasih sayang ... dia menjadi pencinta agung . Dia tabah mengharungi apa sahaja ... demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke Akhir hayat .Tetapi berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya"? Bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia... Cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punya jawapan itu. dan Allah sebagai penentu dan Siapakah Khaterina?

AHADIAT AKASHAH
RM35.00
Panel Printero

Kompilasi memori

Memori itu tetap mebuat rinduku

Erma tenggelam di dalam memori. Terbuai di dalam mega biru ciptaanya. Dia membiaskan wajah Daniel, sekali gus membunuh cintanya terhadap Zaki. Dia meninggalkan Shamsul kerana Tina lebih berhak. Dia terus bersama memori, memintal awan biru dan Daniel tetap kekasih dan suaminya yang terbaik walaupun lelaki itu telah tiada.

LIANA AFIERA MALIK
RM21.90
CREATIVE ENT

Kau yang satu

Tiada lagi stelah kau apatah lagi sebelummu

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

NIA AZALEA
RM114.00
ALAF21

Kasihku abadi

Akan kusisip memori semalam selagi langit memayungi bumiWana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumah tangga mereka diserikan dengan sepasang anak Kembar Rayyan dan Rania. Ternyata, pilihan keluarga juga membuatkan cinta dan bahagia.Kegembiraan mereka 'dirampas" bila Risyam disahkan menghidap HIV positif akibat pemindahan darah.

Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneruskan hidup.Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali kepangkuannya. Dengan cara halus, dia meporak-perandakan rumah tangga Risyam dan Wana.

Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.Dalam doa dan harapan , dapatkah mereka terus menyulan kasih?Akan kusisip memori semalam selagi langit memayungi bumi...

SHANIKA LATISHA
RM15.00
ALAF 21

Kabus kasih

Kuintai bayangmu dalam mimpiku... Untuk bertemu, aku kelu!

CINTA Hardina paa Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahjui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.

Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.
Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya.

Dalam masa yang sama , Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada dipersimpangan dilema: keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.
Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?

EKA FAHARA
RM14.00
ALAF 21

Setia janji

Rindu cinta kasih akan mimpi yang paling indah andai setianya terus berkekalan Atas nama setia cinta kasih, Anis Zahira terus bertahan hidup sendirian bersama tiga putera setelah kematian Fariz, suaminya. Lamaran demi lamaran hadir untuk menyunting cintanya, namun ia tetap ditolak hanya kerana hatinya untuk arwah siuaminya.Dugaan tidak pernah sunyi dalam mengharungi kehidupanya sebagai guru, ibu, kakak kepada adik-adiknya dan anak kepada ibunya yang sudah tua.

Janji Assila

Kasih sayang ini terlalu mahal untuk kau campakkan.

Kita terlalu ingin menjaga hati insan-insan yang kita syangi sehingga nelupakan kebahagian diri sendiri ... Bertahun lamanya aku bina benting kesabaran ini . Mengharap dan berdoa semoga dirimu berubah.Namun kiranya benteng kesabaran ku rebah dan pecah jua akhirnya. Lalu berdosakah aku mengkhianati seorang suami kerana apa yang ditinggalkan hanyalah parut-parut luka yang dalam...

Sebagai isteri dia mahu Adam bahagia. Dia rela kkehilangan Adam, andai bersama gadis lain, lelaki itu boleh menemui erti kebahgian yang dicari."Jahat you,""Salah ke apa yang I cakap? Hasbun you kan doktor. So, He's the doctor oy your heart. Betul tak? Assila ketawa besar"I nak balik dulu. Bye!" Gina bingkas meninggalkan Assila sendirian di situ.

LIANA AFIERA MALIK
RM 25.90
CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD

Impian kasih

Ku Tahu Masih ada Cinta dari Sinar Matamu

Sakitnya... bila cinta dikhianati, Justeru itu , Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran k asih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi.MULUT menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa.

Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia.Ketika asyik menyulam rindu. muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakah Joo Eun pasrah.

Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa m,enjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak! Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasihs yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa........

LIZA ZAHIRA
RM14.00
ALAF 21

Hujan pagi

"O, ya, tidak payah lagi. Awak sendiri lebih tahu - Lokman abang awak. Kawan saya pun sudah datang ," kata Niram bangun, melambai-lambai tangan kepada temannya yang tiba-tiba datang dengan sebuah motokar usang. "O, ya, terima kasih kerana belanja." Dan sebelum dia cepat pergi, sempat dijeritkan, "Terima kasih juga kerana layan berdialog. Maaf kalau saya kelihatan panas!"

"Tidak apa," kata Lajis, memerhatikan gadis itu berjalan tegap , dan riang. Niram masuk ke dalam kereta yang ternyata sudah sedia seorang dua teman lain di dalamnya. Mereka tergelak serentak. Sebaik-baik kereta itu membelok, pemandunya membunyikan hon, sementara Niram galak melambai-lambaikan tangan dan menjeritkan: "Jangan ambil hati, ya?" Lajis melihatkan asap kereta itu yang terhembur beberapa kali, dan dia tereengar-dengar kata-kata Niram yang awal: " Masalah abangmu itu juga masaalah atau penyakit masyarakat juga. Dia terhimpit.... "

SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hati yang luka


Letakkan cintaku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah....

Andai cinta tak mengenal siapa, mengapa ada insan yang masih menilai darjat sebagai kayu pengukur. Adilkah takdir andai diri bukan dilahir sebagai seorang ternama. Widad melalui kepayahan cintanya bersama Raof. Lelaki ego yang tidak dapat menerima hakikat tentang jodohnya dengan anak pemandu ayahnya.Sungguhpun diri dilukai namun demi menjaga maruah Raof, Widad mengahwini lelaki itu.

Lelaki yang tidak menghargai diri dan cintanya membuat Widad terlontar jauh di sudut hati milik suaminya sendiri. Dalam menahan luka yang kian berdarah Widad lari daripada mengejar cinta yang tak kesampaian.Lumrah manusia, dekat di mata terasa benci, bila jauh dari pandangan diri dicari-cari. Mampukah Widad menerima Raof smula sedangkan hati yang luka bagaikan tiada penawar untuk dirinya kembali sembuh....

NORHAYATI BERAHIM
RM21.90
Nhf Media
M/s: 693

Goresan hati

Hanya dia saja yang tahu tangisan dihatinya. Sedang mereka terlalu cepat menghukumnya. Terkadang terfikir mengapa semalang ini nasibnya? Dia yang terpaksa menanggung beban , mengendong zuriat yang tidak pernah diingininya. Kalau diikutkan hati , lelaki itu mahu saja dirobeknya. Tapi terlalu cepat ajal menjempuit, perginya lelaki itu meninggalkan beban yang maha berat. Siapalah dirinya untuk menolak apa yang ditakdirkan, dia redha jika ini suratan untuknya.Harapan dan doanya semoga masih ada serpihan kasih yang masih tersisa untuknya. Cukuplah untuk merawat luka dihati.

SABARIAH AUR
RM 28.00
UTUSAN PUBLICATIONS

Gerimis di hati

Gerimis dihari bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Sye Mukri yang seang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris.

Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.Sharifah Yasmin, kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihat kemesraan Tengku Farid , sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit d hati.Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

SHARIFAH ABU SALEM
RM15.00
ALAF 21

Enggang Lalu Ranting Patah

"Tutup mulutmu. Tak kira siapa mereka, sesiapa yang menjejak kami di rumah ini adalah temanmu dan jangan biarkan aku mendengar kau mengulas kelakuan mereka , seolah-olah kau itu terlalu besar dan megah! Kau orang mungkin lebih baik daripada keluarga Cunningham, tapi apa gunanya jika kau memalukkan mereka demikian - jika kau tak boleh jaga tingkat laku di meja makan, kau boleh duduk di sini dan makan di ruang dapur!"
"Jangat buat begitu , Scout. Bebaskannya di tangga belakang."
"Jem, kau gilake .... ?
"Aku kata bebaskannya di tangga belakang." Letakannya di ats tangga bawah, dan pergi semula ke katilku. Bulan September telah datang tetapi tidak membawa sedikit pun cuaca sejuk bersamanya dan kami masih tidur di serambi belakang yang didindingi oleh jaringan. Kelip-kelip masih banyak, haiwan yang merayap pada waktu malam serta serangga yang terbang memukul jaringan sepanjang musim panas, masih tidak lenyap seperti biasa apabila musim gugur tiba.

HARPER LEE
RM16.00
Dewan Bahasa dan Pustaka

Duri-duri di tangkai hati

"Aku ingin bebas . Aku boleh kerja , tapi aku tak boleh ada ketua. Aku tak boleh ada majikan."
"Kau belum mencubanya lagi Faris," celah Marzuki, merinyu sebuah syarikat bas itu.
"Aku dah cuba Marzuki, aku dah cuba. Setah8un aku di penerbitan itu, dan aku dah faham segala-galanya."
"Jadi apa yang akan kau buat sekarang?" desak Jamal
"Biarlah aku jadi penulis bebas saja, atau jadi penyunting bebas."Dan memang kemudiannya, Faris hanya menjadi seorang penulis bebas. Dia menulis berita dan artikel, sesekali menulis skrip darama radio, dan sesekali yang lain berlakon di radio, untuk mendapatkan wang. Dia juga menulis sajak dan cerpen untuk melepaskan sebak dada atau sesak perasaannya.

MEI HUA berdiri di hadapannya.Faris mengosok-gosok matanya, lalu mempersilakan Mei Hua masuk. Faris mencuci muka, menyikat rambut. Mei Hua duduk di kerusi, dan Faris kemudiannya datang menyangkutkan punggung di tepi katil, betul-betul setentang dengan Mei Hua."Dah pukul sepuluh," desis Mei Hua."Pukul sepuluh?" Faris mencapai jam tangannya dari atas meja." Oh... tak sedar aku. Lena betul tidur.".....

NORHISHAM MUSTAFFA
RM6.50
Sri Timur Graf ik/Tokoh Buku Rakesh.0