Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Kasihku abadi

Akan kusisip memori semalam selagi langit memayungi bumiWana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai suami. Rumah tangga mereka diserikan dengan sepasang anak Kembar Rayyan dan Rania. Ternyata, pilihan keluarga juga membuatkan cinta dan bahagia.Kegembiraan mereka 'dirampas" bila Risyam disahkan menghidap HIV positif akibat pemindahan darah.

Risyam yang amat kecewa menganggap ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneruskan hidup.Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan Haiqal, bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali kepangkuannya. Dengan cara halus, dia meporak-perandakan rumah tangga Risyam dan Wana.

Namun, keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya menangkis kejahatan manusia.Dalam doa dan harapan , dapatkah mereka terus menyulan kasih?Akan kusisip memori semalam selagi langit memayungi bumi...

SHANIKA LATISHA
RM15.00
ALAF 21

No comments: