Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Impian kasih

Ku Tahu Masih ada Cinta dari Sinar Matamu

Sakitnya... bila cinta dikhianati, Justeru itu , Hazita melontarkan keinginannya jauh-jauh setelah cinta pertamanya dipersia. Dia tega memaksa hati menjadi sekeras kerikil. Baginya, lelaki usah dipercayai. Lantas... lamaran k asih daripada Hairie, lelaki kedua dipandang sepi.MULUT menidakkan sedang hatinya enggan berdusta. Ternyata, Hazita gagal menepis kehendak rasa.

Dia akhirnya terdampar dalam cinta seorang lelaki bernama Amer. Mimpi mereka bersatu dalam melafaz janji setia.Ketika asyik menyulam rindu. muncul e-mel misteri dari Korea. Joo Eun, wanita mualaf mengaku Amer suaminya. Sejak bertahun, lelaki itu pergi tanpa khabar berita. Adakah Joo Eun pasrah.

Namun, winter sonata yang pernah mereka lalui bersama, menyebabkan dia tidak pernah berhenti mengharap. Kepulangan seorang suami sentiasa didoa m,enjadi kenyataan, sebelum nafasnya terhenti.Hazita terkedu! Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan wanita itu? Ah, dia nekad, Amer mesti kembali pada yang berhak! Dalam merawat duka, Hairie datang menghulur salam. Janji kasihs yang pernah dilafazkan hanya untuk sang ratu hatinya. Akhirnya pahit bak hempedu, manisnya tetap dirasa........

LIZA ZAHIRA
RM14.00
ALAF 21

No comments: