Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Kabus kasih

Kuintai bayangmu dalam mimpiku... Untuk bertemu, aku kelu!

CINTA Hardina paa Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahjui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.

Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.
Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya.

Dalam masa yang sama , Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada dipersimpangan dilema: keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.
Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?

EKA FAHARA
RM14.00
ALAF 21

No comments: