Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Hujan pagi

"O, ya, tidak payah lagi. Awak sendiri lebih tahu - Lokman abang awak. Kawan saya pun sudah datang ," kata Niram bangun, melambai-lambai tangan kepada temannya yang tiba-tiba datang dengan sebuah motokar usang. "O, ya, terima kasih kerana belanja." Dan sebelum dia cepat pergi, sempat dijeritkan, "Terima kasih juga kerana layan berdialog. Maaf kalau saya kelihatan panas!"

"Tidak apa," kata Lajis, memerhatikan gadis itu berjalan tegap , dan riang. Niram masuk ke dalam kereta yang ternyata sudah sedia seorang dua teman lain di dalamnya. Mereka tergelak serentak. Sebaik-baik kereta itu membelok, pemandunya membunyikan hon, sementara Niram galak melambai-lambaikan tangan dan menjeritkan: "Jangan ambil hati, ya?" Lajis melihatkan asap kereta itu yang terhembur beberapa kali, dan dia tereengar-dengar kata-kata Niram yang awal: " Masalah abangmu itu juga masaalah atau penyakit masyarakat juga. Dia terhimpit.... "

SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID
Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments: