Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Goresan hati

Hanya dia saja yang tahu tangisan dihatinya. Sedang mereka terlalu cepat menghukumnya. Terkadang terfikir mengapa semalang ini nasibnya? Dia yang terpaksa menanggung beban , mengendong zuriat yang tidak pernah diingininya. Kalau diikutkan hati , lelaki itu mahu saja dirobeknya. Tapi terlalu cepat ajal menjempuit, perginya lelaki itu meninggalkan beban yang maha berat. Siapalah dirinya untuk menolak apa yang ditakdirkan, dia redha jika ini suratan untuknya.Harapan dan doanya semoga masih ada serpihan kasih yang masih tersisa untuknya. Cukuplah untuk merawat luka dihati.

SABARIAH AUR
RM 28.00
UTUSAN PUBLICATIONS

No comments: