Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Wednesday, December 6, 2006

Hati yang luka


Letakkan cintaku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah....

Andai cinta tak mengenal siapa, mengapa ada insan yang masih menilai darjat sebagai kayu pengukur. Adilkah takdir andai diri bukan dilahir sebagai seorang ternama. Widad melalui kepayahan cintanya bersama Raof. Lelaki ego yang tidak dapat menerima hakikat tentang jodohnya dengan anak pemandu ayahnya.Sungguhpun diri dilukai namun demi menjaga maruah Raof, Widad mengahwini lelaki itu.

Lelaki yang tidak menghargai diri dan cintanya membuat Widad terlontar jauh di sudut hati milik suaminya sendiri. Dalam menahan luka yang kian berdarah Widad lari daripada mengejar cinta yang tak kesampaian.Lumrah manusia, dekat di mata terasa benci, bila jauh dari pandangan diri dicari-cari. Mampukah Widad menerima Raof smula sedangkan hati yang luka bagaikan tiada penawar untuk dirinya kembali sembuh....

NORHAYATI BERAHIM
RM21.90
Nhf Media
M/s: 693

No comments: