Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Friday, December 8, 2006

Salam terakhir....

Salam Terakhir
Kita seringnya berangan... membayangkan hari-hari tua berdua... bercerita tentang bahagianya cinta selepas berumah tangga.. tentang susah payah membentuk anak-anak menjadi manusia , tentang impian-impian silam yang tidak kesampaian, separuh jalan.... atau barangkali tersasar jauh dari harapan. Watu itu macam-macam yang aku angan-angankan ... macam-macam juga yang kau harapkan. Lalu angan dan harapan itu kita gantungkan ditangga impian. Kini tidakkah aku nanar tatkala kau hilang ... pohon tempatku berteduh, rebah.

No comments: