Dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Rasulullah S.A.W menggiatkan ibadahnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan melebihi ibadahnya pada malam-malam yang lain."

Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, rahsianya ialah berusaha. Mungkin berusaha sahaja tidak dapat menjamin kejayaan tetapi kalau kita tidak berusaha maka tentulah tiada peluang untuk berjaya langsung. Membaca dapat menambah Ilmu di dada sebagaimana Jauh Berjalan Luas Penglihatan

Friday, December 8, 2006

Semusim rindu.......

Selagi Rindu Mengusik Kalbu kutahu kau dambakan diriku

Disebalik senyumannya.... ada tangisan yang panjang. Keperitan Hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira bergitu berhati-hati. 15 Tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada . Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang sauda sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukup lah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa....

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. mungkin esok tiada. Tapi Hajar tau perasaannya pada ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak , tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi didadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...
.Sungguh.... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia ssbenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali. Status sebagai isteri tidak akan sesekal dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagian semdiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga , dihirup maduinya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?.....

ALEYA ANEESA
RM18..00
ALAS 21 SDN BHD

No comments: